Tutorial Membuat Database dengan Microsoft Access

CARA MEMBUAT DATABASE DENGAN MICROSOFT ACCESS

1. Pergi ke START dan pilih Microsoft Access.
2. Setelah keluar lamannya, klik Blank Database.
3. Kemudian lihat di sebelah kanan dan klik pada Create.
4. Maka laman microsoft access akan keluar. Buat right klik pada mouse dan pilih Rename Column.
5. Isi setiap column berdasarkan maklumat yang anda kehendaki. Seperti contoh di bawah.
6. Setelah siap diisi, klik pada gambar disket di atasnya untuk menyimpan maklumat itu. Tulis nama jadual anda seperti rajah di bawah dan klik OK.
7. Untuk membuat jadual lain pula, pergi ke bar menu klik Create dan pilih Table. Ulang no 4 hingga 6. Untuk membuat jadual lain guna kaedah yang sama.
8. Setelah semua jadual yang dikehendaki siap, klik Datasheet di bar menu dan klik Relationships.
9. Kemudian highlightkan jadual dan klik Add. Buat satu persatu. Setelah siap klik Close.
10. Selepas itu pergi ke ID dan highlightkannya. Klik kiri tetikus tanpa dilepaskan dan bawa ke ID di jadual sebelahnya. Ulang langkah sama untuk jadual yang lain.
11. Anda akan dapati setiap jadual telah dihubungkan. Contoh :
12. Kemudian pergi ke Datasheet sekali lagi dan klik More Forms dan pilih Form Wizard.
13. Pilih jadual pertama anda dan klik yang bertanda ' >>' untuk memasukkan semua item. Pilih jadual kedua dan klik item yang ada tidak termasuk ID dan klik yang bertanda '>'. Masukkan satu persatu. Ulang untuk masukkan item dari jadual yang lain. Setelah siap klik Next.
14. Pilih Columnar dan klik Next.
15. Pilih mana-mana gaya yang anda inginkan dan klik Next.
16. Setelah itu tulis semula nama yang anda inginkan untuk form anda. Klik Finish.
17. Form yang anda buat akan terpapar. Isi setiap ruangan dengan maklumat yang berkait. Contoh:
18. Apabila siap semua data pergi ke Datasheet dan klik Query Wizard. Pilih simple query wizard dan klik OK.
19. Kemudian klik item yang anda inginkan dan masukkan satu persatu dengan klik yang bertanda >. Selepas itu klik Next.
20. Tulis tajuk untuk data anda, klik untuk modify dan seterusnya klik Finish.
21.Seterusnya buat Report Wizard, pilih data yang anda buat sebelum ini dan klik Next sehingga selesai, klik Finish.
22. Anda akan dapati laporan yang anda buat akan terpapar. Contoh:

2 comments:

Powered by Blogger.

Copyright © / Tommy

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger